::Bilangan Pengunjung (Unique)::
::Demi Masa::
::Kalendar Hijrah::
::Vote::
:: PMRAM::
Klik Pada LogoPhotobucket
::UBMM::
Photobucket
Isteri : Kufur Al-Asheer
Wednesday, June 10, 2009

Dipetik dari blog Ustazah Al-Qasam

“Kita pergi Mid Valley macam mana?”

Pada awal perkahwinan, semasa sedang dan masih menyesuaikan diri kami merancang untuk keluar berdua. Pertama kalinya. Janggal sekali.Namun, kami mampu berkomunikasi dengan baik dan mesra. Sekalipun kami menatap wajah masing-masing buat kali kedua hanya selepas nikah. Walaupun sudah boleh berbual seperti biasa, namun masih belum seperti suami isteri lain gayanya. Menyenangkan. Canggung. Ada bibit mesra. Semuanya berkumpul. .

Saya mencadangkan. Saya tidak suka membeli-belah. Namun kalau ada keperluan saya pergi juga. Suami memberitahu beliau ingin mencari buku Medical beliau. Di sana ada MPH dan bolehlah sekali kami membeli buku dan berjalan bersama-sama. Lagipun dalam tiga hari kami akan ke Kuantan untuk meraikan majils kenduri pihak lelaki. Selepas itu terus ke Terengganu.

Saya tak kisah. Saya ikut sahaja.

Suami menjawab sambil tersenyum.

Selepas menyalami keluarga kami keluar menaiki kereta. Dalam hati rasa ripuh berlaga-laga.

Naik kereta bersama lelaki? Huh, macamana agaknya ni?

Kami mengambil LRT di Batu Tiga dan menuju Mid Valley.

Masih mencari-cari keserasian bersama, kami berbual panjang. Saya tidaklah rasa begitu malu sekalipun canggung. Semuanya kerana bantuan Allah juga, DIA memudahkan kami menyesuaikan diri. Paling utama, kami menjadi diri kami dan berterus terang dalam semua perkara. Jika tersadung kaki, kami ketawa bersama-sama. Ini metafora.

Dalam masa menyesuaikan diri, suami menghulurkan telefon beliau kepada saya. Di atas skrin itu, tertera Hadis Sohih Bukhari.

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Keratan tersebut beliau ambil dari artikel ustaz Hasrizal di laman web beliau di bawah artikel “Permulaan Yang Baik Bukan Jaminan”

Maksud hadis tersebut sekalipun sudah biasa kita jumpa dan tulisan tersebut mungkin telah kita baca, namun setelah bergelar isteri lain sekali tindak balasnya. Saya menyimpan makna hadis tersebut sebagai garis pandu saya. Sekalipun suami tidak mengulas lanjut, namun saya memahaminya.

REALISTIK

Ya, kita harus bersikap realistik. Permulaan yang baik bukan jaminan. Sekalipun dimulai dengan baik jika tiada usaha penerusan atau erti kata lain, istiqomah maka kelansungan kebahagian rumahtangga akan terhenti. Ia perlu komunikasi. Hormat. Sabar. Syukur. Redha. Terima seadanya. Persefahaman. Perlu lebih dari sebuah cinta.

Ruqayya Waris Maqsood dalam Muslim Marrige Guide ada menyebut:-

For it is love which makes a marriage - not a soppy, sentimental kind of romantic dream, but the sort of love which will roll up its sleeves and get stuck into the mess; the sort of love which will hang on to you when everyone else has turned against you and is speaking wrongly of you, while you have confidence that your partner (who knows you better than any person) will justify that confidence, and spring to your defense.

Sounds too good to be true? Those of you who have grown up in unhappy circumstances, in families shaken by frustrations and depressions, where the adults were bitter and cynical, and overauthoritarian, may well wonder if it is possible to have such a loving relationship with another human being.

By the grace of God, it is possible, and it is what Allah intended for you, by the practice of Islam which is submission to His compassionate will.

But a happy marriage is not simply `made in Heaven’. It does not just happen by accident.

You could go into a most beautiful garden and be amazed at the profusion and lushness of the flowers, the neatness of the borders and grasses, the absence of marauding insects and pests - and you would never for a moment think that this had come about by accident. You would know, straight away, that the garden had been created by a person or team of people who loved gardening, and no matter what the setbacks and problems were determined to produce a thing of great beauty and joy. A marriage is cultivated in exactly the same way.

Bak kata pepatah Inggeris

“It takes two to tango”

Atau pepatah lain

“Marriage failed when one’s stop trying”

Tidak kira apa punca dan sebab, jika salah satunya berhenti mencuba dan berusaha, maka rumahtangga akan berakhir sekalipun keduanya masih saling menyintai antara satu sama lain. Sekalipun salah seorangnya masih tetap mencuba.

Ketika itu saya merasakan sebagai permulaan untuk usaha memberi kebahagian yang berpanjangan saya memegang hadis tersebut sebagai papan tanda saya. Jika mungkin saya tersesat dalam kehendak dan runtunan emosi yang tiada punca saya berharap agar papan tanda itu memberi isyarat ingat pada saya. Saya cuba paling tidak menjauhi sikap kufr al-asheer. Cuba menerima seadanya.

Satu perkara yang perlu kita ingati, perkahwinan adalah suatu perkara dan bukannya segala-galanya.

Prinsip saya. “Marriage is something but it is not everything

Bila menerima seadanya, ada banyak perkara yang dapat kita lakukan, hargai dan fikirkan.

KUFR AL-ASHEER

Al-Asheer bermaksud dalam bahasa arab, ahli keluarga atau suami jika melihat konteks -siyaghul hadis- di atas.

Sebagai perempuan dengan kelemahan dan kekurangan yang ada, membuatkan fitrah dan sikap semulajadi wanita untuk sering rasa tidak bersyukur, mengeluh dan merasa tidak cukup dengan apa yang suaminya lakukan. Ini realiti. Sekalipun pada wanita yang mengaku beriman atau jahil. Mungkin pada saya, pada anda dan pada kita semua.

Cuba kita bayangkan, apakah yang telah suami kita lakukan untuk kita. Sekalipun penat pulang dari kerja, beliau melayan dan mendengar bicara dan cerita kita. Bila kita tidak mampu membuat kerja, beliau menggantikan kita dan melayan penuh sabar dan lemah lembutnya. Bila kesihatan kita diuji, mereka menguruskan kita dengan cinta dan kasih. Bila kita mengadu, mereka mendengar penuh tekun dan minat sekalipun mungkin keluhan kita tidak ada makna dan hanya cicipan biasa sahaja.

Begitulah suami. Tekanan kerja dan tanggungjawab dakwah yang pelbagai sepatutnya kita teladani dengan syukur dan qanaah. Apa lagi yang kita inginkan dalam hidup ini selain daripadanya?

Kufr pada kebaikan suami.

Dalam erti kata lain, tidak pernah puas. Tidak pernah rasa cukup. Tidak pernah rasa suaminya melakukan kebaikan. Seandainya berlaku konflik, kebaikan suami dilupakan atau seolah-olah tiada lansung dan kelemahan suami dibangkitkan. Jauhi mulut yang berbisa dan hati yang keras.

Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan beristighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?” Rasulullah bersabda, “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suamiAku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?” Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”

Sekalipun konteks perbincangan mafhum Hadis di atas dalam aspek penyaksian dan ibadah dan dalam perbahasannya namun bukan di ruang ini saya ingin mengulasnya. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan akan peringatan dari Rasulullah saw yang berbunyi yang boleh diambil peringatan untuk kita:-

Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami”

Jesteru, jadilah kita wanita yang bersyukur. Cukup dengan apa yang ada. Tidak meminta-minta. Tidak membebankan suami dengan perkara yang tidak perlu. Menghargai. Qanaah. Syukur. Pasti dicakupkan semuanya untuk kita.

Untuk suami saya ingin memetik kata-kata Ustaz Hasrizal:-

Teladannya, wahai suami, sentiasalah berlaku Ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan dirinya tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke neraka. Sebaliknya tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur.

KESIMPULAN

Ya, untuk permulaan yang baik. Mulai dulu dengan diri kita. Andai diberi suami yang dapat memberi yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan harapan kita maka kita bersyukur. Jika diberi suami yang mungkin tidak peka pada kehendak dan tuntutan perasaan isteri, maka berbicaralah dan berkomunikasilah dengan kalam yang baik dan bersyukurlah. Kiasan yang tidak menuduh atau mengkritik terus pasti dapat membantu. Jika itupun masih belum bekesan, usaha terus dalam syukur yang tak pernah mati. Usaha dan syukur. Jangan pernah berhenti. Dan jangan pernah mengkufuri kebaikan suami. Sekalipun sangat sedikit. Kerana mereka yang berada dikalangan yang bersyukur sangat sedikit.

Pada waktu Amirul Mukminin, Umar bin al Khottab bertawaf, beliau selalu mendengar do’a dari seorang pemuda yang isinya agak aneh. Pemuda tersebut selalu mengulang-ulang do’anya “Allahummaj’alni minal qolil (Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dari kalangan yang sedikit)”. Selesai bertawaf, Umar bin Khattab bertanya padanya,”Wahai pemuda, kenapa anda berdo’a seperti itu?”. Pemuda menjawab,”Tidakkah Amirul Mukminin mendengar firman Allah ‘Wa Qolilummin ‘ibadiyasy-syakur’(Dan sedikit dari kalangan hamba-hambaku yang bersyukur) (As.Saba 13), Ya Amirul Mukminin, sungguh saya sangat berharap menjadi yang sedikit tersebut. Karena yang mau bersyukur pada Allah dan yang berkeinginan untuk selalu berbuat baik sangat sedikit.” Demikian kata pemuda tersebut.

Memetik lagi penutup Ustaz Hasrizal dalam artikel yang sama.

Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA.

Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…

Satu permulaan kepada halatuju yang utama. Memetik petikan buku Ruqayya Waris Maqsood yang memebawa maksud yang sama:-

But marriage is also a most demanding training ground of faith. By claiming it to be `half the religion’ the Blessed Prophet was not making an idle statement. When a human couple strive hard to get their marriage and family right in the eyes of God, they are indeed well on the road to Paradise.

Ya, ia medan berjuang. Medan menguji iman. Medan bahagia dan mungkin derita. Iman, usaha, syukur dan penyerahan pada Allah kayu ukurnya. Sifirnya mudah, namun payah untuk melaksankannya. Pada suami ada tanggungjawab. Ada bebanan. Jika mereka cuai, mereka akan dihisab. Pada isteri, ada tuntutan syukur dan sabar. Ada tuntutan sifat qanaah. Kedua saling membutuhkan dan melengkapi. Saling menyempurnakan. Suami seorang manusia. Punya kekurangan. Kita apatah lagi. Kelemahan yang tidak terkira banyaknya.

“Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ (Lukman :12)

p/s: Buat suamiku, di atas kebaikanmu yang melimpah ruah, penghargaan yang tidak putus-putus dan kata-kata yang hanya baik untukku sahaja yang kau beri, aku berterima kasih. Sekalipun aku tersalah, engkau menerimanya dengan kata-kata yang baik. Sekalipun silap, engkau memandangku dengan kasih. Tidak pernah sekalipun engkau mengeluh. Yang ada hanya pujian, ransangan dan kalam yang baik. Untuk seorang lelaki yang terbaik yang pernah kutemui, terima kasih.

————————
Nota Kaki

Ini tulisan ringkas. Sekadar berbasa basi. Jika ada kebaikan, maka ia milik Allah. Jika ada kekurangan, kelemahan saya sendiri. Malah, saya masih bertatih, masih hijau malah baru menjadi seorang isteri. Mungkin akan terjatuh dan terngadah juga kelak. Semoga Allah memelihara daripada semua itu. Buat suami juga, jangan lupa menghargai dan mensyukuri kebaikan isteri sekalipun dengan sentuhan dan kata-kata yang baik. Pasti bahagia tidak kunjung sudah.:)

Labels:


[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 9:11 AM   0 comments
Sebelum Gendang Dipalu

Hasil Tulisan Ustazah Al-Qasam

Buat Mempelai Di Ampang Pernikahan

Itulah pertentangan dua roh untuk pertentangan dan

kesatuan dua jiwa dengan kesatuan. Ia adalah curahan

hujan jernih dari langit murni ke dalam kesucian alam,

membangkitkan kekuatan-kekuatan ladang yang penuh

berkat. -Perkahwinan, Kahlil Gibran-

Gambar:Hafizismail.net

Jalan Ke Syurga

Salam sejahtera buat teman bakal raja sehari. Semoga dalam RedhaNya sentiasa.

Aku menyatakan rasa syukur atas nikmah yang Allah beri padamu. Tika ini, saat ini engkau sedang menghitung hari. Menghitung hari untuk menjadi seorang suri. Semoga dalam jejak-jejak langkah terakhir bergelar isteri engkau tenang-tenang selalu. Aku juga pernah merasakannya. Semoga engkau akan bersangatan bahagianya, sepertimana aku bersangatan bahagianya. Seperti petikan Ruqaiyya Waris Maqsod dalam buku beliau: A Muslim Marriage Guide[1]:-

If your marriage is happy and fulfilled, then no matter what troubles may beset you, no matter what hardships you are obliged to face as you pass along your road of life, no matter what sicknesses or distressing circumstances, you will always face them as if your back were against a protecting fortress, inside the walls of which you may set aside all the terrors and traumas for a while, and be loved.



Ya, perkahwinan sesuatu yang membahagiakan. Perkahwinan menyimpulkan segala ruang ibadah menjadi berganda. Cinta, belas, kasih, sabar dan semua sifat terpuji menjadi nilai tambah. Namun ia bukan mudah. Ya, bukan mudah mencipta rumahtangga yang menjadi syurga dunia. Namun di situ Islam mengajar beberapa panduan agar kelak perkahwinan kita disimbahi barakah melimpah.

Ia mithqhon gholizho. Ia akad yang berat. Akad di antara dua dimensi manusia yang berbeza. Dua hati. Memetrai perjanjian hidup bersama. Dengan menyatakan perkahwinan sebagai separuh dari agama, bukan kenyataan simplistik, malah memerlukan hebat usahanya.

“Hadis Nabi saw “Apabila sesorang hamba berkahwin, ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang lainnya”[2]

Nah, tawaran menarik bukan? Sungguh indah tawaran yang Allah beri. Namun pasti kerana ia bukan tugas yang mudah dalam penyempurnaan agama. Pada perkahwinan boleh bersatu dalamnya diibaratkan seluruh masalah dunia ATAU menenangkan dari seluruh masalah dan kekusutan dunia. Kerana perkahwinan itu SEPARUH agama. Besar sekali taksiran Islam untuk perkahwinan. Seperti Ruqayya Maqsood mencurahkan pandangannya pada maksud sebahagian dari agama..[3]

“But marriage is also a most demanding training ground of faith. By claiming it to be `half the religion’ the Blessed Prophet was not making an idle statement. When a human couple strive hard to get their marriage and family right in the eyes of God, they are indeed well on the road to Paradise.

Perkahwinan yang barakah bakal mencipta syurga dunia. Juga menempah syurga akhirah dengan izinNya.

Marriage Blues

Sebelum bergelar isteri, pasti jiwa resah lagi gundah rasanya. Itu biasa. Endahkan sahaja. Was-was itu dari syaitan. Ia bukan ilham apatah lagi suara hati. Perbanyakkan zikir dan munajah pada Allah. Adakah saat masa lagi yang engkau lebih membutuhkan Allah melainkan saat ini?

Sebelum melangkah kaki ke alam pernikahan ingin aku berkongsi beberapa perkara. Walaupun aku juga sendiri malah baru benar menjadi pengantin. Namun aku harap ada manfaat bersama.

1) Perbanyakkan solat taubat dan istighfar

Perkahwinan merupakan satu nikmah, satu anugerah menghalalkan fitrah. Suatu ibadah. Sebahagian agama. Suatu permulaan baru kepada kehidupan. Allah menjadikan pernikahan sebagai satu Rahmah buat hambaNya. Hendaknya mendepani Rahmah Allah, kita depani dengan taubah. Sucikan hati, jiwa dan ruh. Tunduk dan pohon keampuanan pada Allah. Jangan kiranya dosa-dosa lampau dan silam menghalang kita dari mendapat barakah pada pernikahan yang akan kita lalui. Dengan sungguh. Dan amat. Perbanyakkan solat taubah.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

2) Doa

Doa-doa selalu, agar Allah memimpin dan memudahkan segala urusan. Agar berkah dan dimudahkan segalanya. Doa juga agar suami kelak, yang lembut hati terhadap wanita kerana Nabi saw telah berpesan. Mereka yang paling baik, adalah mereka yang lemah lembut pada ahli keluarga mereka. Berdoalah agar dipermudahkan urusan majlis, dilimpahi barakah dan dimudahkan segala urusan menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Doa juga agar apa yang engkau pilih, adalah yang terbaik di sisiNYA. Redha dengan apa yang DIA beri.

3) Membaca Buku & Menuntut Ilmu

Harus bagi wanita mendalami ilmu kekeluargaan dari sudut syariah, psikologi dansosiologi. Agar dapat menjalani kehidupan sebagai isteri dengan sebaiknya. Bab-bab seperti hukum-hukum syariah kekeluargaan, komunikasi berkesan, cara-cara menjadi isteri solehah, bab munakahat, pendidikan anak-anak perlulah didalami dengan lebih dalam dan jelas. Perbanyakkan bacaan artikel dan bacaan ilmiah yang sesuai. Carilah dan rujuklah mereka yang berpengalaman dan para Masyayeikh yang boleh diminta nasihah berhubung persediaan nikah. Ini sangat penting semasa pra-nikah. Persedian umum dalam ilmu Tauhid, sirah-sirah, fekah, akhlak dan bacaan Quran perlulah di dalami.[4]

Tetapi, usah dirisaukan jika tidak sempat mendalami semua jalur ilmu. Mempelajari ilmu itu berterusan. Memahami prospek perkahwinan itu juga satu pelajaran sepanjang kehidupan. Jesteru, jangan pernah berhenti dan teruskan meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Semoga generasimu kelak, terdidik dan terpimpin rohani, emosi dan intelektual mereka.

4) Walimah barakah

Pastikan segala urusan penting berkenaan walimah selesai. Senarai jemputan, pengendalian majlis, persiapan makanan, pengaturcaraan. Semoga nanti, majlis disirami barakah yang melimpah. Semoga pakaian dan pengendalian sesuai dengan sunnah dan adab yang baik. Elakkan nyanyian-nyanyian, percampuran yang tidak sepatutnya, bertabarruj yang jahiliyyah. Kita memerlukan Allah dalam hidup kita, jesteru janganlah ditinggalkan Allah, dalam perkara yang sangat penting dalam hidup kita.

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin; hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu” (Al-Ahzab: 59).

Pemakaian rambut, bulu mata palsu, baju yang jarang dan ketat serta dandanan yang melebihi keperluan hendaklah dijauhi. Namun ulama’ mengharuskan melayani tetamu-tetamu selagi mana dalam batasan syara’.[5] Ini merupakan khilaf ulama’. Namun pendapat yang mengatakan harus tidak kurang kuat dalilnya. Semua dalil mencakup dalil naqli dari Al-Quran dan Sunnah, dan dalil aqli.

5) Sunnah Arusah

Di antara Sunnah digalakkan untuk dilakukan bersama, demi meraih barakah yang melimpah dan mengeratkan hati yang masih tepu usai akad.

i) Memakan Makanan/Minuman Yang Manis

Semoga dapat melaksanakan sunnah selepas nikah. Persiapkan susu dan kurma untuk diminum bersama selepas akad. Ini Sunnah saw.


Diriwayatkan dari Asma Asma’ binti Yazid binti as-Sakan radhiyallaahu ‘anha, beliau berkata:- “ Saya menghias ‘Aisyah untuk Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu saya datangi dan saya panggil Baginda saw supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk di samping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam diberi segelas susu. Setelah beliau minum, gelas itu beliau suakan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazid berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.[7]

Sunnah memakan benda-benda yang manis saat awal malam zafaf[8], jika dinisbah kepada hadis ini.

ii) Solat Sunat Bersama

Selesai akad yang mulia terpatri, solat dua rakaat sembah tanda syukur.[9]

Hadits dari Abu Waail.

Ia berkata, “Seseorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan shalat dua raka’at di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdo’alah):

“Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rizki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.”

iii) Doa Ke Ubun-Ubun

Doa yang sunnah di baca suami ke atas ubun-ubunmu kelak, tanda permulaan kepada kehidupan yang akan membawa ke syurga Allah. Suamimu, duniamu. Suamimu, syurgamu. Suamimu, pemimpinmu.

Ketenangan dan barakah yang luar biasa hebatnya akan mengalir terus memasuk ruang hati dan jiwamu dengan sunnah pembacaan doa ini.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta do’akanlah dengan do’a berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.’[10]

6) Persiapan Lain-lain

Lengkapkan dirimu dengan perkara asas kemahiran menguruskan rumahtangga. Bagaimana menggembirakan hati suami dengan masakan, layanan dan tata tertib yang lain. Pengurusan rumah, diri dan lain-lain. Janganlah dirisaukan jika engkau merasakan engkau belum mahir dan lengkap semuanya. Sesungguhnya jika engkau bertaqwa maka Allah akan memudahkan dan mengajarkanmu banyak perkara. Tanpa sedar. Ingin aku ceritakan secara ringkas perihal seorang sahabatku yang amat solehah. Dia mengatakan:-

Allah tidak mensyaratkan pandai masak untuk kahwin, namun persiapan taqwa untuk kahwin. Andai ada taqwa pasti Allah memudahkan urusan memahirkan diri

Lantas, atas dasar taqwa beliau membuat persiapan pra nikah. Dengan izin Allah sebelum bernikah beliau mahir dengan begitu cepat kemahiran memasak. Beliau berpegang kepada makna firman Allah:-

“Bertaqwalah pada Allah, nescaya Allah akan memeliharamu” (Al-Baqarah)

Umar Ibnul Aziz, Ibnu Kathir, Imam Qurtubi –Semoga Allah merahmati mereka kesemuanya menjelaskan maksud ayat ini. Sesiapa yang benar-benar bertaqwa maka Allah akan memudahkan dan mencerahkan hatinya untuk memahami apa yang dia depani dalam membezakan hak dan batil. Lafaz syarat : TAQWA dan jaza’(hasil): DIAJAR, sahabatku itu aplikasikan dalam aspek yang lebih luas iaitu taqwa untuk mendapatkan ilmu Allah dalam makna yang lebih holistik.

7) Komunikasi

Selain itu, berbincanglah dengan bakal suami atau keluarga bakal suami beberapa prinsip asas yang dipersetujui bersama untuk dilaksanakan semasa pernikahan, majlis dan selepas berkahwin. Berbincanglah dalam konteks yang syarie samada melalui perantara (keluarga) atau sebagainya dalam batas-batas yang diharuskan syara’ dan aman dari fitnah. Putuskan beberapa prinsip penting yang dipersetuji bersama demi memastikan agar perjalanan perkahwinan selari dan tiada percanggahan yang terlalu besar kelak yang boleh membawa kepada kemudaratan dan sebagainya. Raikan dan berlapang dada dalam ketidaksefahaman dan bersyukur di atas kesepakatan.

Kalau banyak bertanam puding,
Di mana busut di sana seminai,
Kalau bijak dalam berunding,
Di mana kusut di sana selesai.

7) Tawakkal

Tawakal dan tunduk dengan sungguh dalam penyerahanmu. Agar engkau tenang sepenuhnya. Redha atas jodoh yang Allah telah Allah takdirkan buatmu. Jangan difikirkan jika, apa, macam mana. Percayalah jika engkau menyerahkan segala urusanmu pada Allah. Allah akan menyelesaikannya buatmu. Segala yang berlegar di ruang minda, engkau serahkan pada Allah. Jika engkau tidak mengenali secara dalam (bercinta), menyintai bakal suamimu, usah di risaukan. Selepas berkahwin, pasti Allah mencampakkan perasaan cinta dalam hati kalian berdua. Begitulah yang terjadi pada diriku Bagaimanakah, macam manakah dan percayalah segala kerisauan dan ketidakpastian aku untuk menghadapi hidup bersama insan yang tidak dikenali, hakikatnya hanya mainan perasaan semata-mata.

Setelah bernikah dan hidup bersama, segala kerisauan ibarat angin semilir. Tiada kesan dan makna. Segalanya dimudahkan Allah. Segalanya diluaskan Allah. Jesteru, usah dirisaukan. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Jika ada kelemahan dan kekurangan, Allah akan membantumu memperbaikinya. Jika ada kekusutan, Allah akan melapangkan dadamu menguruskannya. Jika ada ketidakpastian, Allah akan mengurniakan suami hati yang lunak lagi elok budi bahasanya untuk meleraikan rasa hatimu.

Redha dan minta apa yang Allah inginkan buatmu, bukan apa yang engkau mahukan untuk dirimu kerana Allah tahu apa yang terbaik buatmu.

Ini pesan Syeikhku. Syeikh Yusuf al-Hasani.

Semoga bahagia berpanjangan buat kalian. Doa yang disunnahkan akanku titip pada hari pernikahan. Selamat melangkah ke alam baru.

Entri Berkaitan:

1) Warkah Buat Arusah Fisabilillah

2) Puisi:Termetri Sudah

3) Rumahtangga Dan Kelansungan Ibadah

*Tulisanku kali ini kutujukan khas buat Kekanda Khairiah Humairah, Ustazah Engineer@ Hidayah, Dr Ain dan semua sahabat yang bakal mendirikan perkahwinan.

alQasam
240509

Rujukan

Nasih Ulwan, Abdullah, Tarbiyatul Awlad.

al-Adawi, Mustafa, Feqh Tarbiyatul Abna’ waToifatun Min Nasaih al-Attiba’.

at-Tayyibi, Akashah Abdul Manan, As-Sifatul Matlubah Fil Al-Bintu Wazaujah.

Fauzil Adhim, Kado Pernikahan Untuk Isteriku.

Ruqayya Waris Maqsod, The Muslim Marriage Guide.

Risalah Minal Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Cahyadi Takariawan, Jalan Dakwah Aku Bernikah.


[1] Maqsood, Ruqayya Waris, Muslim Marriage Guide.

[2] (Riwayat at – Thabrani dan al – Hakim).

[3] Saya pernah mendiskusi bukunya secara ringkas di sini.

[4] Antara buku yang kusarankan adalah buku yang menjadi rujukanku di atas. Juga buku Agar Bidadari Cemburu Padamu, Adab Az-Zafaf Fi As-Sunnah al-Muthahharah oleh Imam Albani (Bagi sesiapa yang sudah mendalami ilmu syariah dan usul feqh dengan mendalam untuk memahami mahallul khilaf).

[5] Banyak ulama yang mengatakan bahwa seorang isteri boleh melayani tamu-tamu suaminya di hadapan suami, asal dia melakukan tata kesopanan Islam, baik dalam segi berpakaiannya, berhiasnya, berbicaranya dan berjalannya. Sebab secara wajar mereka ingin melihat dia dan dia pun ingin melihat mereka. Oleh karena itu tidak berdosa untuk berbuat seperti itu apabila diyakinkan tidak terjadi fitnah suatu apapun baik dari pihak isteri maupun dari pihak tamu.

Sahal bin Saad al-Anshari berkata sebagai berikut : `Ketika Abu Asid as-Saidi menjadi pengantin, dia mengundang Nabi dan sahabat-sahabatnya, sedang tidak ada yang membuat makanan dan yang menghidangkannya kepada mereka itu kecuali isterinya sendiri, dia menghancurkan (menumbuk) kurma dalam suatu tempat yang dibuat dari batu sejak malam hari. Maka setelah Rasulullah s.a. w. selesai makan, dia sendiri yang berkemas dan memberinya minum dan menyerahkan minuman itu kepada Nabi.` (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[7] Diriwayatkan oleh Ahmad.

[8] Malam perkahwinan.

[9] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf dan ‘Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf.

[10] Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibnu Majah al-Hakim dan ia menshahihkannya, juga al-Baihaqi , dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallaahu ‘anhuma

Labels:


[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 9:07 AM   0 comments
Jasamu Dikenang
Wednesday, August 20, 2008

Pengarah Unit Bait Muslim PMRAM, Al-fadhil Ustaz Muhammad Azmir Azizan serta keluarga, telah pulang ke Malaysia pagi ini, setelah banyak mencurahkan bakti buat Unit Bait Muslim PMRAM khususnya dan PMRAM umumnya.

Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP) Mesir selama beberapa penggal, dan kini merupakan Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Perlis, diiringi sejumlah besar penuntut Malaysia di Mesir sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Antara yang turut kelihatan adalah Mantan Presiden PMRAM, Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, dan Ketua Unit Hisbah PMRAM, Al-Fadhil Ustaz Mohd. Nasrul Ikman.

Pihak Unit Bait Muslim PMRAM mendoakan segala yang terbaik buat Ustaz Muhammad Azmir dan keluarga. Semoga Allah membantu segala urusan beliau, dan menetapkan beliau di atas perjuangan di jalan Allah. Segala jasa baik beliau, moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Labels:


[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 12:40 PM   0 comments
Blog Bait Muslim PMRAM dilancarkan
Unit Bait Muslim PMRAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin bin Abdul Kadir, Duta Malaysia ke Kaherah, atas kesudian beliau melancarkan blog rasmi Bait Muslim PMRAM.

Majlis disempurnakan dengan gimik, meletakkan sebuah bumbung di atas replika sebuah rumah, sebagai simbol melengkapkan sebuah rumah tangga berasaskan Islam, serta menyempurnakan agama dengan perkahwinan.

Majlis pelancaran ini bersempena majlis penutup Ekspo Gempak PMRAM 2008 (EGP '08) Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-51 (PMHK 51), ajuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Pihak UBM PMRAM juga mengucapkan terima kasih atas kesudian Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Ismail, Presiden PMRAM 2008 yang sudi mengiringi TYT Dato. Duta pada majlis tersebut.

Sekali lagi, Unit Bait Muslim PMRAM mengucapkan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa semua yang terlibat.

Moga blog yang dilancarkan ini dapat memberi sumbangan kepada dakwah Bait Muslim di alam maya, serta medium penyebaran maklumat buat semua ahli PMRAM di Mesir.
[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 12:27 PM   0 comments
Emosi Kena Kuat
Saturday, August 16, 2008

Cuti-cuti begini (cuti bagi pelajar Malaysia di Mesir) mungkin sinonim dengan istilah ‘musim mengawan’ – maaf kiranya ayat ini kurang sopan - Sama ada di sini atau di Malaysia ramai yang sudah atau dalam proses mendirikan mahligai bahagia.


Baraka Allahu lakuma wa baraka ‘alaikuma waja ‘ala bainakuma fil khair.

Saya dahulukan dengan ucapan ini kepada setiap pasang yang sudah dan akan berkahwin. Sewajarnya kita tidak lekang dengan ucapan tahniah buat teman dan sahabat yang dianugerahkan Allah Ta’ala nikmat menamatkan zaman bujang yang penuh dengan dugaan nafsu yang meminta untuk dipenuhi. Kita disunatkan mendoakan pasangan yang berkahwin sebagaimana doa di atas agar disentiasa diberkati dan berterusan dalam kebaikkan.

Tahniah buat mereka yang berani menempuhi risiko perkahwinan alam pengajian. Pastinya ianya tidak semudah jangkaan dan rancangan. Nasihat saya, kuatkan emosi, mental dan fizikal dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.

Saya yakin di minda mereka yang masih bujang perkahwinaan adalah seks (maaf sekali lagi – mungkin tulisan kali ini untuk pembaca 18 tahun ke atas). Tanpa megenepikan seks, kebahagiaan rumahtangga banyak bergantung kepada kepandaian pasangan dalam menangani emosi dan membentuk persefahaman. Ianya tidak semudah zaman bermadu asmara.

Mengekalkan kasih, menyemai sayang dalam sebuah mahligai menuntut kematangan suami dan isteri.


Tidak cukup semata-mata dengan alim dalam hukum hakam perkahwinan. Pasangan suami isteri sangat perlu untuk faqih dalam menangani persoalan emosi. Ramai yang faham agama tapi tidak faham jiwa manusia.

Mungkin ada yang ditakdir bersuamikan lelaki yang garang atau beristerikan wanita yang suka berleter, sekiranya ianya ditangani dengan emosi bermakna menempah sebuah kecelakaan.

24 jam bersama akan menzahirkan kebaikan dan keburukan pasangan. Sabar dan redha dengan jodoh yang ditentukan Allah dan berusaha mengukukan sebuah ikatan perkahwian pastinya satu mujahadah yang diredhai Allah.

Sekalung tahniah buat mempelai musim cuti ini tidak kira warga Perubatan atau Azhari. Tak larat saya untuk menyenaraikan semuanya.

Moga berkat dan redha Allah bersama. Kuatkan semangat, matangkan sikap di samping mengharapkan ‘inayah Allah untuk mengharungi lautan dugaan digerbang pernikahan.

Ianya tak semudah impian di minda.

Labels:


[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 1:27 PM   0 comments
Tahniah

Unit Bait Muslim PMRAM mengucapkan sekalung tahniah buat Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Ismail, Presiden PMRAM Sesi 2008 serta isteri yang telah selamat diijabkabulkan, dan menyertai keluarga besar Bait Muslim PMRAM.



Semoga Allah memberkati mereka berdua, dan menghimpunkan mereka dalam kebaikan.

Labels:


[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 1:15 PM   0 comments
Imbasan: MAWAR 07
Wednesday, July 16, 2008

[+]
posted by Bait Muslim PMRAM @ 1:45 PM   0 comments
::Kenali Bait Muslim PMRAM::
Photobucket


Bait Muslim PMRAM

Merupakan salah satu unit yang berada di dalam PMRAM.

Berfungsi sebagai pemudah cara kepada urusan yang berkaitan perkahwinan agar mengikut syariat.

Mengadakan program tersusun samaada kepada ahli atau yang belum berkahwin berkaitan perkahwinan.

Membantu merealisasi Bait Muslim yang dikehendaki syariat dan kebahagiaan rumah tangga.

Memberi kebajikan kepada ahli.

PENAUNG
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

PENASIHAT
Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM & HEWI PMRAM

PENGARAH
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

TIMB. PENGARAH
Ustazah Noraimie Darno

SETIAUSAHA
Ustaz Muhammad Qistas Saja

TIMB. SETIAUSAHA
Ustazah Fatimah Salwani Abdullah

 

::Bincang Corner::

Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER